10 sertai lumba haram ditahan

Sunday, April 5, 2009

KUALA LUMPUR 29 Mac - Sebanyak 10 mat rempit termasuk dua pelajar sekolah ditahan ketika sedang asyik beraksi dalam perlumbaan haram di sekitar ibu negara tengah malam tadi.

Kesemua mereka yang berusia antara 17 dan 21 tahun itu ditahan dalam operasi cegah lumba haram oleh anggota daripada Unit Pencegahan Lumba Haram Skuad 42, Polis Trafik Kuala Lumpur.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, operasi pada malam minggu itu bermula daripada pukul 11 malam hingga 4 pagi.

Katanya, antara lokasi tumpuan operasi ialah di sekitar Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail, Dataran Merdeka, Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) serta Jalan Kuching.

"Operasi tersebut diketuai oleh Cif Inspektor Abdul Farid Muntalib selepas melakukan pemantauan di beberapa lokasi popular mat-mat rempit ini.

"Dua daripada yang ditahan merupakan pembonceng dan masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Lembah Keramat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, kesemua yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 42, Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun dan denda.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0330&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_11.htm&arc=hive

0 comments: