AKTIVITI MAT REMPIT

Sunday, April 26, 2009




Aktiviti ‘merempit’ dalam kalangan anak muda di sekitar ibu kota sering menimbulkan pelbagai masalah kepada semua pihak termasuk pemandu kenderaan lain.

Mereka ini yang dikenali sebagai mat rempit sering bergerak secara berkumpulan dengan menunggang motosikal di sekitar ibu kota sebagai memenuhi aktiviti malam minggu.

Bahkan, mat rempit itu juga tidak langsung mementingkan keselamatan diri sendiri kerana memecut laju untuk berlumba di persimpangan lampu isyarat walaupun ia masih lagi berwarna merah.

Apa yang pasti, aktiviti ‘merempit’ anak-anak muda terutamanya Melayu di sekitar Kuala Lumpur semakin bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.

Jika tidak ada aktiviti ‘raja jalanan’ pada setiap malam minggu, mat rempit ini sering mengambil kesempatan untuk melepak di sekitar ibu kota sebagai salah satu aktiviti larut malam mereka.

Tidak seperti sebahagian anak-anak muda lain yang mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti berfaedah, sebaliknya mereka terbabit menghabiskan masa sehingga ke pagi dengan hanya melepak.

Bukan berdua atau bertiga, sebaliknya mereka berkumpul dengan motosikal masing-masing menghabiskan masa berborak.

Malah, ada antara mereka dilihat bersama dengan pasangan masing-masing.

Sampai bila keadaan ini akan berlaku?

Source: Utusan Malaysia, 20 April 2009

0 comments: